Thursday, March 24, 2011

Dinner.

Dinner. Okay. Itu tajuk entry kali nih. Pejam celik pejam celik pejam pejam celik balik, rupanya lebih kurang seminggu sahaja lagi akan berlangsungnya DINNER. Maka dengan itu juga, hati boleh merasa sedikit lega sebab baju untuk pakai masa dinner dah beli. Sebenarnya berdebar juag sebab inilah dinner last di sini. Excited juga haruslah ada disebabkan temanya, RED CARPET.

Di samping itu juga, tak tahu nak pakai shawl yang macam mana. Dengan bertemakan red carpet (wahh, teruja babe!), maka sedikit kekeliruan style dan pattern macam mana akan jadi pilihan untuk dinner nanti. Saya dah cuba tengok-tengok dalam blog, memanglah ada yang berkenan di hati tapi warnanya juga yang tak-tahu-nak-pilih-sebab-nak-matchingkan-dengan-baju-dan-sebagainya. Sebagainya? Surprise!!!!

Sebagai seorang perempuan (ehem-ehem), memang lah wajib ada sedikit accessories untuk bergantung pada diri sendiri. Maka itu juga harus difikirkan. Fikir, fikir, fikir. Alamak, keluar pula presentation ethic jumaat nih. -.-" Part-part accessories nih memang ada juga idea sikit-sikit tapi belum rasa macam nak pergi beli lagi.

Kalau lah ada seorang perunding imej untuk bagi pendapat, memang lah sangat best dan suka terharu yang amat sampai tak sabar nak pergi dinner. Dari atas sampai bawah. Mantap! Sehingga sekarang, hanya baju sahaja yang baru dibeli. Disebabkan kesibukan yang mengejar menuntut segala masa terluang untuk diselesaikan. Test AM. Selasa depan. Takpe, itulah dikatakan side punya dish. Okay, maafkan saya, takde kaitan dengan set Kenny Rogers yang ada side dishes. Ibaratnya macam tu lah kalau makanan.

Alamak. Dah pukul 2.20 AM. Sila beri perhatian bahawan Test AM bermaksud bukan untuk masa punya. Tetapi it stands for Advanced Manufacturing. *Iklan sebentar* Haruslah berangkat pulang sekarang disebabkan masa dah lambat. Nite.

No comments: