Assalamualaikum
Tengah-tengah malam cenggini, memang lah saya antara orang yang akan mengikut jejak langkah burung hantu. Dengan keadaan batuk, demam, selsema, sakit kepala, sebab tak dapat tidur juga sebenarnya dan didorong rasa nak buat jugakkkkkk satu entry malam ni, tak kira, tak kira, jadilah entry yang berkisarkan tentang makanan again. Target nak makan atau merasai makanan yang tak pernah dicoba lagi, maka target setiap bulan sekali. Tapi bulan ni, terlebih sudeyyy sebab haku memang pantang orang ajak makan especially benda yang tak pernah makan lagi. Haha.
Kedua-duanya adalah daripada groupon.my. Terima kasih groupon.my kerana berjaya menggoda haku. Masuk kali ni, dah tiga kali okay, dah tiga kali beli dari groupon. Tapi groupon best! Haha. Dalam dok teda duit, tapi sempat juga lah nak tengok groupon. Nasib baik agak tak terliur bila tengok electronics kennn, kalau tak, sebulan tak bertemu makanan. Sobsobsob.
Semangat nak makan cenggini bertambah-tambah bila ramai-ramai plan sama-sama. Memang hingaq bingaq habaq mai, meriah iols dengan kawan-kawan iols. Tambah-tambah pergi after work, memang menunggu masa sahaja nak ngap, ambik kau! makanan tu.
Fish Manhattan
Peristiwa ini berlaku pada. Dah, memang tak ingat peristiwa berlaku bila. Yang pasti selepas kerja, memang laju-laju solat asar terus lintang pukang ke tempat destinasi. Lapor memasing. Ada banyak set kat dalam groupon.my tu. Iols dan kawan iols sepakat ambik set yang ada ayor sekali. Kira kongsi dua orang lah. Bila sampai di tempat kejadian, sempat lah dok snap gambar. Kenangan kan, first time makan situ. Tapi setibanya makanan, memasing dian dok menikmati hidangan masing-masing. Oh, lupa nak cakap, iols punya set ada sekali mushroom. Memang superb!
Maaflah ya, kalau tanya iols sedap atau idok, memang susah iols cakap tak sedap, unless memang tawar bebenau, masing terlebih, manis piang dan seangkatan dengannya. Haa, ambik kau, semua slang ada. Kau hado? Bhahaha. Tapi serious waa cakap sama lu, set RM49.90 tu janganlah dikongsi berdua sahaja, sebab at the end nanti rasa kenyang sesangat, dan muak sikit. Dio ado nasi sekali. Teman kabo ke mu. Maka, memang bertambah kenyang bila nasi pun join sekali diproses dalam perut.
Full House
Dengar memang best kan. Kawan iols cakap, makanan kat Full House ni not bad. Maka, memang menjadi kepantangan teman, kalau tak pernah rasa, maka jawapan adalah YES. Tiada lagi dolak dalih. Bhahaha. Lagipun, normal price double of the one yang ada dalam groupon. So, try, mesti try! Saya ambik spaghetti vongole. Rasanya adalah sedap lah! Bhahaha. Pedas sikit, ni kalau orang kulit ceroh, mesti muka dah macam pakai blusher sebab pedas. Bukan pedas sikit doh, memang pedas.
Disebabkan Full House itu baru dibuka, maka sebab itu offer price murah juga. Sempat beli lagi dari groupon. Haha. Tapi tempatnya, memang cantik. Serba putih! I loike~ Ala-ala Korean gitu. Siap ada kereta boleh test drive lagi tapi tolak sendiri la ye, kunci takdak, harap maklong!
Sekian.
p/s: Disebabkan camera handphone cokia tuan hamba ada sebanyak masalah, maka tak dapat nak diletakkan gambar
No comments:
Post a Comment