Monday, November 19, 2012

A gift

Assalamualaikum

Hari ni result UPSR keluar, saya antara orang yang nervous nak tunggu. Tak sabar rasanya!! Perahsan ala-ala 12 tahun gitewww. Baby pace katakan. Tapi itulah, rasa macam rabun sahaja orang yang tiba-tiba duduk tercongok depan CIMB tadi tu panggil akak, akak. Disebabkan masa mencemburui kita semua (tetiba banyak pulak watak dalam cerita saya), maka tergocoh-gocoh juga nak masuk CIMB. Ce kalau panggil adik, terus ku pandang. Bhahaha. Baiklah, baiklah. Kakak itu adalah sebenarnya panggilan hormat untuk orang sekitar. Begitulah. >,< Tapi bila keluar pun, orang itu panggil sebab nak suruh saya tulis ucapan kat anak-anak yatim. Kira macam bagi ucapan pada diri sendiri jugalah kan.:) --> smiley face ni tak kacak macam Salman Khan okay, tak best!

Dari pagi memang duduk tak tenteram. Selagi result tak keluar. Oh ya, by the watak, watak yang ditujukan adalah adik bongsu saya. Kira watak heroin lah ni kan. Hehhe. Kalau dah kerja dengan PC/laptop menjadi best friend, maka mata memang tak lepas-lepas tengok jam. Tak cukup dengan tu, handphone sentiasa di tangan. Whatsapp memang tak lepas untuk tanya adik saya. Maka, pukul 10 pagi bersabar lagi, menahan diri untuk call ayah saya.

10.15 pagi (lebih kurang la). Terus ambik phone keluar call ayah tanya result. Tapi ayah cakap ayah belum pergi sebab adik saya demam. Adik di sini bukan adik yang mengambil upsr, tapi adik selepas saya. Pening tak, pening tak. Haaa. Saya ada 3 orang adik. Since kecik lagi, memang adik selepas saya, saya panggil adik. Al-maklumlah dulu before dua orang adik yang bongsu dan kedua bongsu tu dilahirkan, kami hanya berdua. Maka, panggilan kakak dengan adik sangat serasi. Tapi adik bongsu memang macam mana pun, akan dipanggil adik. Maka, bila ayah saya tanya saya pasal adik, saya pasti akan tanya, adik yang mana satu. Bhahaha.

Tiba saatnya, jeng jeng jeng. Sejurus selepas saya habis cakap dengan ayah, tak lama selepas itu adik saya selepas saya whatsapp beritahu result adik saya. Alhamdulillah! Rupanya adik saya check result guna sms. Hadiah buat ayah dan arwah mama saya. Alhamdulillah.:) Maka, ada dua hadiah tertunda di sini. Tak apa, tak apa, demi adik-adik, keluar duit saya tak kisah. Yang penting, keep it up and always improve!

Well, ini cerita lain. Semalam entah kenapa tak dapat tidur, saya rasa saya terlelap pun pukul 3 pagi kot, itu pun tidur terganggu, maka sekarang agak letih. Mata confirm macam panda bear dah ni. Ok fine! Jadi, kesimpulan apa yang kita dapat hari ini anak-anak? Marilah kita tidur awal!!

Sekian, wassalam.

No comments: