Monday, August 8, 2011

Rezeki di petang hari.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Semangat untuk berblog nampaknya kembali. Yeay! Tapi tak tahu juga selepas ini apa yang bakal terjadi disebabkan semangat ibarat alunan ombak, ada pasang surut. Bercakap pasal ombak, dah berapa lama tak pergi duduk bertapa di tepi pantai yang cantik lagi indah berseri. Best woh dapat bertapa di pantai bersama sahabat-sahabat. Bersembang-sembang. Tapi sesi makan sememangnya takkan ada disebabkan kekhusyukan semua bersembang dan menikmati keindahan pantai.

Iklan sebentar. Pantai yang cantik lagi indah. (+_+)

Iklan lagi. Pantai best!

Kamu semua! Pernah tak dapat rezeki 'Eh, macam mana aku boleh dapat ni padahal bla bla bla'. Haruslah sepatutnya ada. Pada permulaan yang mahu bertanya pada hadirin hadirat sekalian tapi diakhiri dengan jawapan sendiri. (-.-") Tapi, tapi memang betul akan ada. Pasti! Rezeki tak terduga. Tak kisah apa pun. Duit, markah tinggi, dapat hadiah bagai. Haa, best bukan. Siapa tak mahu benda free. (+_+)

Part paling best, mulanya kita harapkan sesuatu tapi tiada rezeki kita. Maka bila dah lama hati pun tidah berharap apa-apa, tapi tiba-tiba bagai dapat durian runtuh. 'Kelepukk', jatuh ke tanah. Mesti terloncat terlompat gembira kesukaan. Disebabkan rezeki tak terduga.

Petang hari macam ni, eh, tak. Since dah habis belajar, bagaikan tak ambil berat lagi pasal handphone. Faktor yang mempengaruhi juga haruslah disebabkan berjauhan dengan handphone atau tak dengar atau message yang membosankan seperti message servis bla bla. Maka, bila ada orang message, kadang-kadang dua, tiga jam lepas itu baru lah reply. Jadi, petang-petang macam ni, bila message masuk, seperti biasa. Memang takkan terus 'Eh, ada message lah'. Jadi, lepas menyedari akan hakikat itu, rupanya ada message sebegini:

'08/08/11 @ 05:33 PM, 01******** was topped up with RM30. Ref No: ............'

Yeay! Dapat topup free. RM30 pula tu. Selalunya hanya mampu topup RM10 seminggu. Tapi sejak habis belajar, RM10 bertahan untuk 2 minggu dan kadangkala lebih lama. Mula-mula best tapi misteri. Siapa yang topupkan ni. Buat sementara haruslah gembira tapi tak tahu selepas ini kalau ada orang yang tersalah topup. Dulu pernah juga jadi macam ni tapi tiada apa-apa. Inilah namanya rezeki tak terduga di petang hari. Yeay!

Kamsamhamnida. Thank you.

6 comments:

Suza said...

bertuah nyer lh dpt topup ish2 ... nk jgk ... agak2 nyer bila lh boleh nie hehee ... rezeki kata kn ... suka lh 2 ... hehehe

Fadhilah said...

ayah yang topup rasanya. adik pon dapt

La Jieja said...

bertuah badan ye?? ehe

Admin said...

salam selamt berpuasa tumpang tingal link sikit tuan punya blog ya

WATCHING ONLINE MOVIE WATCHING
HBO,ZEEL CHANNEL,SPOT CHANNEL,GOLF
 CHENNAL.B4U CHANNEL ,TV3 .TV1 ,NATIONAL GEOGRAFI
,ANIMAL PLANET,DISNEY CHANNEL
HISTORY CHANNEL  AND MORE
CHANNEL FREE JUST CLICK LINK CLICK TO WATCHING 
LISTEN MALAYSIA RADIO ONLINE CLICK LINK TO LISTEN
LISTEN iNDONESIA RADIO >CLICK TO LISTEN

Abe Goreng said...

Haha.boleh la share kredit dgn abe.HAHAH.

UPDATE:Cara Pantas Dapatkan BUFFERED EARNING

Anonymous said...

rezeki Allah yg tntukan. kita bersyukur stlh memilikinya. :)