Thursday, August 25, 2011

Duit raya.

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik sekejap sahaja Ramadhan al-Mubarak berlalu. Seterusnya umat Islam bakal menyambut hari Raya Aidilfitri. Maka persiapan dari segi juadah kuih dan sebagainya in the progress. Baju raya pun tunggu untuk dipakai sahaja. Nasib baik kesedaran diri masih tinggi, kalau tak, mesti dah berangan seorang diri di hadapan cermin menggayakan baju baru. Bukan saya tahu!

Kids especially semestinya akan bertepuk gembira tanda Raya bakal menjelma. Baju raya, kasut raya, tudung raya bagi yang perempuan, semua lengkap. Tak lupa membeli atau menyediakan beg duit raya. Duit raya tu nak simpan dalam Tabung Haji. Sungguh murni niat itu. Kids tak fikir untuk membeli gadget lagi. Dulu. Kanak-kanak dulu bila nampak laptop pun dah teruja yang amat. Kanak-kanak sekarang dah expert bab-bab teknologi. Zaman dah berubah.

Kanak-kanak sangatlah menggemari hari raya. Duit raya takkan dilupakan. Maka bila pergi menziarah ke rumah sanak saudara dan rakan taulan, beg akan sentiasa dibawa. Bila dah banyak, excited mahu kira walaupun 1+1 masih lagi menjadi 3.

Di kampung, sangat famous a group of kids datang beraya ke rumah orang kampung. Sebab misi utama adalah untuk mengumpul duit raya. Kadang-kadang tak menyempat nak masuk ke rumah, just datang beraya di luar sahaja. Tapi, selalunya kena juga masuk beraya dan minum makan apa yang terhidang. Hehehe. Kena lah makan minum dulu di rumah sebelum dapat duit raya. Wajib!

Beberapa hari sebelum raya, bank akan dipenuhi dengan orang ramai demi untuk menukar duit. Untuk duit raya. Maka, duit raya yang diberi pada kanak-kanak akan berbau duit baru. Keras lagi duit itu. Nak lipat pun sayang. Tapi kadang-kadang kalau nampak gula-gula, duit raya yang disayangi itu tetap lah terkorban demi membeli gula-gula tersebut.

Bukan kanak-kanak sahaja yang dapat duit raya, remaja dan even dewasa pun ada juga yang masih dapat duit raya. Yeay! Tapi bila dah besar, bila orang dah bagi duit raya, sememangnya terasa segan yang amat. Malu katanya. Dalam memberi duit raya, sampul juga sangatlah penting. Maka, akan menjadi teka teki jumlah duit raya tersebut. Sangat lah happening kanak-kanak. Innocent!

Kamsamhamnida. Thank you.

No comments: