Tuesday, August 2, 2011

Juadah Berbuka : Kuih Akok

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Juadah berbuka yang harus ada walaupun sekali pada Ramadhan kali ini adalah kuih akok. Sedap tahu! First time kenal hati budi kuih ini of course di Melaka dulu. Macam-macam dapat kenal dan makan time di Melaka dulu. Semua ada. Melaka mari, Kelate mari, semua mari lah.

First time kenal hati budi kuih akok ni juga rasanya di bazaar Ramadhan atau pasar malam. Harganya RM0.50 satu. Try punya try, wohh, sedap! Okay fine, okay. Sedap! Then bila pergi pasar malam, memang mencari kuih akok ni. Ada lah 2,3 kali sahaja dapat merasa.

Bila dah jarang menjumpai, haruslah membuat sedikit research untuk buat kuih akok. Then jumpa. Yeay!





Bahan-bahan
5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus

Cara-cara
1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Sumber: myresipi

Kamsamhamnida. Thank you.

6 comments:

Budak Malas Sikat Rambut said...

lame tak mkn kuih ney tauuu , sedap gle ... huhu

♥ 미스 kiera ♥ said...

sedapnye....huishh

Thristhan.com said...

Is this something like Egg Tarts?

Saya said...

la..ni ke namenye kueh akok?yg ni mcm hangit je :))
http://iamsaya.blogspot.com/

Iza said...

Assalam...

kunjungan malam dan follow.thanks..jom join contest pertama di teratak usang.klik gambar di sidebar utk ke ruang entry contest.

http://azilas.blogspot.com

Ibu Ammar said...

kuih akok is sedap kalau orang tu pandai wat. tapi kat KL susah nak caik yg sedap. hoho