Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim
Selamat pagi semua! Masa untuk sahur dah atau bakal tamat. Since masa berbuka dan bersahur berbeza untuk setiap negeri. Orang Islam yang tinggal, menetap, duduk, belajar dan seangkatan dengannya di Eropah tahun ini berpuasa selama lebih kurang 20 jam, 20 jam. Ulang sekali lagi, 20 jam.
Tiba-tiba teringatkan coconut shake. Teringat sahaja tak sampai mengidam buat masa sekarang. Ulang lagi sekali. Tiada siaran ulangan, harap maklum. Masa study berpeluang mengenali hati budi makanan dan minuman dan bla bla yang tak pernah dirasai sebelum ini. Coconut shake juga haruslah termasuk dalam golongan sebegitu. Bukan harus, memang sudah termasuk walaupun tak dicalonkan.
Bila dah orang cakap coconut shake itu, coconut shake ini, well, bila namanya student, maka pasal makanan sedap memang akan tersebar secara meluas. Semua berpusu-pusu mahu cuba apa yang dicakapkan. Okay, tipu. No such thing berpusu-pusu, it just kind of semangat berkobar-kobar nak makan juga!! Tak kira. On one fine day. Tak fine pun tak mengapa sebab nanti tak tahu bila boleh cuba lagi.
Bukan sebab itu sahaja, bila ada seorang sahaja yang mengutara selatankan idea 'Jom pergi minum Coconut Shake petang ini ramai-ramai'. Wahh, memang lah rasa seperti heaven. Penat lelah ada kelas bla bla, maka petang itu menikmati Coconut Shake membasahkan tekak. Menyejukkan tekak lagi. Disebabkan tekak memang dah basah dek saliva. Okay fine, terus sahaja pergi. Sememangnya itulah aktivit student. Lepas satu benda yang memerlukan tenaga kerja, jadi otak memang ligat berfikir 'Nak buat apa petang ni? Pergi masjid best juga'. Hah, ambik kau! Memang menusuk ke tulang rusuk.
Enjoy tetap juga enjoy. Bila lagi nak keluar beramai-ramai dengan sahabat-sahabat. Nanti semua dah kerja, kahwin, hala tuju hidup sendiri, of course moment seperti itu sudah agak susah nak berulang kembali. Since masa belajar muda lagi. *Ayat sebelah tiada kaitan adik beradik dengan ayat sebelum* Nak buat ayat jiwang disertai dengan background music romantik yang turut menyibuk nak join. Moment seperti itu memang akan menjadi kenangan yang manis bila dikenang.
Okay, mari kembali ke pangkal jalan. Seharusnya, patutlah memakai sesuatu yang tebal disebabkan suhu badan akan menurun a.k.a sejuk lepas itu. Tapi tetap best!
Coconut shake. Eh, eh. Sila jangan tergoda dahulu. Puasa okay, puasa. |
Coconut shake special. ^____^ |
Kamsamhamnida. Thank you.
4 comments:
wahhh..cam best je...hihihih...
Memang best Cik Arda.. :)
ni den nk toray nih...
latest entry Andai dia Jodohku & Bila Perempuan KENCING BERDIRI
coconut shake...woahhh :D
Post a Comment