Thursday, March 31, 2011

Someone.


السلام عليكم ورحمة وبركاته


Ada satu masa. Bila aku kehilangan someone aku adore sangat-sangat, aku ingat aku memang dah takde peluang lagi, tapi ada seorang insan yang sangat baik lagi suci hati beliau hadir dalam hidup aku. Kehadiran beliau terus terang aku cakap dapat juga mengubat sedih dan sayu kat hati aku nih. Teringat masa tuh aku baru lepas excident dan memang arwah mama aku pun baru sahaja takde, memang lah ada luka. Tapi orang yang suci hati tuh letak ubat kat luka aku. Memang aku tak dapat lupa. Terharu sangat. Beliau nak juga tengok walaupun aku tak bagi tengok. Malu kononnya.

Kadang-kadang bila aku nampak beliau, aku terbayang-bayang arwah mama aku. Pernah juga satu masa, ada kenduri di rumah saudara beliau tapi aku minta izin aku nak balik cepat. Aku bagi alasan aku ada kerja tapi masa tuh aku macam nampak arwah mama aku. Beliau datang dekat aku, then tanya kenapa aku nak balik cepat. Beliau tak bagi aku balik. Kena makan dulu. Tapi sebab aku tak tahan lagi, aku balik juga. Beliau bagi juga bekal nasi lemak kat aku buat alas perut.

Birthday aku sama bulan dengan anak kedua beliau. Beliau minta aku balik rumah beliau. Memang terharu sangat sebab beliau sambut birthday aku. Memang masa tuh macam nak menitis airmata aku. Belanja lagi, kek. Nama aku ada atas kek tuh. Terharu sangat.

Sebenarnya, banyak sangat benda yang beliau 'bagi' aku. Kadang-kadang aku takut aku menyusahkan beliau. Tapi beliau tak pernah kisah pun sebab beliau seorang yang sangat baik hati. Sampai bila-bila pun aku tak dapat nak balas jasa beliau. Hanya Tuhan sahaja dapat balas jasa beliau.

Terima kasih IBU for everything. I love you so much.

Wednesday, March 30, 2011

I'm ready.

Lately, it seems like what ya? that's not what i'm gonna say for this entry. I'm already bought all the things needed for the dinner tomorrow. Really excited right now. I think. Ya, truly said. It's the first time for me to attend a dinner like tomorrow. With the theme of 'Red Carpet'. I'm not an artist, supermodel, model, or such kind of people who had the chance to go to that kind of dinner. First time okay, first time. Full stop. No questions anymore please. Hehe.

Today actually i only had my nap for only 3 hours. Ya, went to the McD for having my breakfast. Only in the evening then, I take my lunch. Right now really feel asleep but i wonder i can still write new entry. No need to wonder cause i like, nope, i love to write post. Ya, to write what i feel, what had i done daily. Maybe. Please don't be confused. Maybe is not in the situation actually. Talking like an alien huh. Just bubbling here.

Actually, i'm a bit frustrated today. Hoping that my lens will be arrived tomorrow. But there's no such hope anymore. Unless there's miracle happened. Hoping for that miracle to be happened. T_T. I'm just planning to wear the lens for the dinner tomorrow night. I think I wanna take a nap right now. Cause i feel that my eyes cannot be opened anymore. Is it the correct word to describe my feeling of being sleepy? Never mind. Night everyone~

Breakfast.


السلام عليكم ورحمة وبركاته

Memang buat tebiat pun ada lah juga tadi. Sebab sebab sebab. Seawal pukul 5.15 pagi (lebih kurang lah), dah terpacak kat McD. Konon budget 5.15 awal. Rupanya tidak lah seawal mana. Ramai dah beratur panjang. Boleh dikatakan panjang. Ramai yang amat. Siapa yang tak mahu benda free.

Beli sahaja minimum RM5, boleh dapat dua set big breakfast. 2 set ok, 2 set. Jadi boleh lah berkongsi dengan sahabat-sahabat, saudara mara atau sesiapa demi mendapatkan breakfast free. Air Coke (mesti cari air paling murah punya) = RM2.45 plus Milo panas plus tax, total = RM6. Jimat! Dah tak perlu memikirkan pasal perut yang akan berkeroncong minta diisikan setiap pagi. Dan juga nak makan apa untuk pagi nih. Terus sahaja boleh fikir pasal lunch. Alhamdulillah kenyang. :)

Promosi dekat McD nih last 31st March. Kiranya esok lah hari terakhir. Maka kepada sesiapa yang belum try lagi, cepat-cepat ke McD terdekat! Pergi pukul 3.45 AM duduk-duduk dulu before beratur demi untuk mengelakkan traffic jam masa beratur nak beli. Hehehe.  Teringat pulak masa pergi McD itu hari for the same purpose jugak. Fortunately, dapat jugak merasa breakfast free McD hari tuh for the first time. :)

Saturday, March 26, 2011

Masa yang tak enough.

السلام عليكم ورحمة وبركاته

Baca kat atas. Baca kat atas. Baca kat atas. Ada sesiapa nak bagi pinjam masa dia kat saya tak? Not pinjam really. Sedekah masa yang lebih.

Sekarang, dengan speed yang teramat dahsyat laju sampai jarum meter pun dah pening nak tunjuk value berapa, mesti siapkan semua kerja *walaupun macam sama sahaja speed*. Kalau nak list, memang banyak lah. Fortunately, jumaat hari tuh presentation ethic tak jadi. Nak kata fortunately ke unfortunately ke, i feel innocent. hehehe. Sebab kalau dah present, siap satu kerja. Kalau tak siap, tak payah lagi rasa gemuruh berdebar-debar nak present. Hari tuh sahaja. But now saturday already. -.-"

Harap-harap diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ranjau penuh onak dan duri untuk accomplish kan everything. ameen! ameen with tanda seru means that cucuk jarum semangat kat diri sendiri. Ala-ala macam cucuk jarum salah jangan lah jadi sebab nanti semangat tuh jadi benda lain. Ranjau penuh onak dan duri itu juga mengimbau kembali saat-saat minit-minit jam-jam masa ambil Bahasa Melayu dahulu. Aplikasi untuk today punya entry. I like~

Macam nak cakap juga masa, please stop for me for a while. Let me finish my works first then continue your time. Tapi itu lah orang kata angan-angan Mat Jenin yang tak kesampaian. Asyik jatuh pokok sahaja.  Maka harus lah kembali ke alam realiti yang nyata. Sekarang dah pukul 8.40 PM. Maka memang wajib lah saya tutup segala mak nenek any website pergi mandi. See you next time!