Assalamualaikum
Semalam masa orang lain tengah nak sambut new year, aku dah atas katil baik punya on the way nak tidur.
Bagi aku, sama sahaja new year atau tak. Sebab bagi aku, azam dan semangat setiap masa kena ada. Dan aku harap semangat aku akan lebih bertambah seiring dengan masa. Dan always think positive.
Hari tu, aku dapat tau aku tak dapat job yang dah lama aku tunggu. Aku tak menaruh harapan yang tinggi. Dan yes, job tu bukan untuk aku. Aku tak kecewa. Sebab aku rasa ada yang lebih baik menanti aku di depan sana.
Kebelakangan ni, aku dapat rasa aku dah berjaya control nafsu shopping. Aku beli apa yang perlu. Bukan berdasarkan kehendak lagi. Aku harap aku akan istiqamah begini. To be a better self-finance planner. Boleh aku bawak ayah aku tengok football match antara kelab-kelab Eropah kat UK sana. Heheh.
Lately, aku terfikir nak buat part time job. Tapi sebab aku selalu standby kena buat overtime, jadi aku hold dulu. Nak juga buat sebab at least boleh ada side income yang sekaligus duit dari part time job tu sesen pun aku takkan guna. Buat saving untuk beli rumah. Aku harap aku ada masa dan tenaga yang bersisa nak teruskan niat aku. Ohoi, dah macam warga emas pulak tenaga ni.
Aku rasa cukupla setakat ni entry new year aku.
Happy new year everyone. May this year bring more joys to all of you.
No comments:
Post a Comment