Tuesday, August 6, 2013

Last day sebelum holiday.

Assalamualaikum

Tiba-tiba entah semangat mana datang menusuk ke dalam diri kemain nak taip entry baru. Hoorayyy~ Disebabkan terlalu mengantuk maka diharapkan idea datang mencurah-curah untuk mengelakkan ngantuk. Eh? Ada kaitan ke?

Dari last week, semua orang dah start update status kat facebook packing barang plus on the way balik kampung plus tengah buat kuih raya plus plus. Huntong la, huntong la. Kita hari ni baru bertolak balik. Itu pun hati berbolak balik nak ambik half day sebab colleague cakap jalan jem. Tapi disebabkan nasi sudah menjadi bubur, dibatalkan niat dan menunggu sehingga pukul 5 sahaja, lelaju punch out dan berkejar ke kereta terus drift macam Michael Schumacher (Eh? Betul ke spelling cenggitu?). Sebaik isi minyak bagi bekalan balik ke kampung dan roti untuk berbuka dalam kereta sensorang. Diulang, sensorang!

Oh, untungnya mereka yang berbuka dalam bas. Sebab apa? Boleh berbuka ramai-ramai. Sambil-sambil tu berkenalan dan bertukar-tukar juadah mungkin? Bhahaha. Cuti raya 5 hari sajo, jadi hati tiada rasa ingin menambah cuti kerana cukuplah cuti 5 hari. Kalau layak dapat duit raya lagi, nak jugak lah cuti lelama. Memandangkan kelayakan itu dah lama berlalu, jadi lupakan niat. Cehh, cehh, niat tak suci mahu ambil cuti raya lelama.

Tiba-tiba pula rasa isi kandungan entry ini tiadalah kaitan dengan tajuk di atas. Kekeke. Oh, dah ada mention di paragraph di atas cuti 5 hari. Jadi, boleh cerita lagi, lagi dan lagi pasal benda lain. Yeay! Oh? Tiba-tiba hilang pula benda yang ingin dikongsikan. Telah dibawa angin air cond yang terlampau sejuk plus pulak hujan pagi-pagi yang turut sama membantu usaha idea menulis entry untuk melarikan diri daripada cengkaman musuh. Hesheshes.

Okbai. Terima kasih sudi baca!

No comments: