Thursday, May 9, 2013

Antara demam atau selsema atau demam selsema?

Assalamualaikum

These two days, kesejukan seakan terasa sehingga ke tulang sumsum. Haha. Baiklah, saya tak tipu. Itu adalah kisah benar yang sebenar tidak direka reka tetapi berdasarkan peristiwa yang berlaku benar segalanya pada dua hari kebelakangan ini. (Agak-agak kalau buat karangan BM, terharu cikgu baca sebab kena semak sepanjang malam disebabkan gaya penulisan yang agak hebat. Hahaha)

Sepanjang masa duduk dalam air cond, memang kebiasaannya hanyalah bergantung harap kepada jacket yang satu. Tetapi langkah berjaga-jaga harus diambil memandangkan kita tak tahu apa yang akan berlaku. Cewah! Jacket ditambah pula dengan sweater, rasa macam tak berapa dapat menahan kesejukan lagi disebabkan kaki pula yang terasa kesejukan.

Natijahnya, nah sekarang! Cepat pilih sama ada nak demam atau selsema atau kedua-duanya sekali? Pilih pilih. Tapi sebab selsema dah datang menyerang, maka selsema lah menang. Bhahaha. Memain pasal sakit-sakit ni kan. Antibodi dah tak berapa nak kuat sebab amat degil benar makan ubat (agak takut memasukkan chemical ke dalam badan, bhahaha). Doctor cakap lah soploh kali suruh makan antibiotik, agak-agak nak baik, stop la. Yeay!

Terasa mahu dibawa sahaja comforter ni ke office selimut satu badan, kalau orang tengok at least mempunyai alasan yang agak utuh untuk diberikan. Sejuk sangat, sejuk sangat.

Berharap agar selsema ini dapat berlalu pergi begitu cepat....

Terima kasih sudi membaca. ^_^

No comments: