Assalamualaikum
Tadi on the way back home, boleh dikatakan hampir-hampir nak sampai dah, tiba-tiba terbayang-bayang makanan apakah yang akan dijadikan santapan. Sebenarnya sebaik masuk selekoh nampak kedai makanan sedap, tiba-tiba otak boleh memberikan jawapan yang spontan iaitu cepat bagi signal ke kanan dan berhenti! Jadi plan untuk menjimatkan duit tidak berjaya kali ini. Bhahaha.
Bila sampai sahaja, maka terus menuju ke menu. Disebabkan makanan di situ sedap, maka terasa berbelah bagi nak makan apa. Kakak mengambil order sudah berada di hadapan saya, maka mata laju mencari menu yang dirasakan sesuai dengan selera hari ini. Menu nasi goreng kampung dan telur separuh masak! Maka, bila kakak mengambil order dah habis tulis atas kertas, tiba-tiba mata tertancap pada Char Hor Fun. Nasib baik orang yang ambil pesanan itu tahu kehendak pelanggannya ini, maka terus mencadangkan Char Hor Fun. Terima kasih kakak mengambil order! Memang sedap! Saya yang kurang gemar menghirup kuah ini juga berjaya melicinkan kuah Char Hor Fun.
Sebelum ini saya dah pernah beli makanan kat kedai tu. Menu nasi goreng. Mabeles! Sebab itu tak rasa rugi bila beli makanan di situ. Nasi goreng kampung yang berharga RM4 telah bertukar menjadi Char Hor Fun yang berharga RM5. Sila jangan terkejut kerana boleh bilang dengan jari berapa kali saya beli makanan di luar kecuali fast food. Dan juga boleh dikira berapa kali saya makan di luar. Teringin mahu menjadi seperti zaman study dulu. Lepas maghrib, akan keluar dengan kawan-kawan saya makan di luar. Sambil sembang-sembang. Di Melaka sangatlah bersepah gerai makanan. Maka harus mencuba! Bila sedap, maka bila pergi kedai yang sama lagi, selalu sahaja order menu yang sama!
Oh, cerita punya cerita, silalah jamu mata anda dengan gambar Char Hor Fun yang sempat saya snap gambar sebelum makan. Maaf kualiti gambar tidak sehebat kamera DSLR disebabkan handphone murah sahaja yang mampu.:)
No comments:
Post a Comment