السلام عليكم ورحمة وبركاته
Dulu-dulu kalau hari Sabtu mesti semua pakat berkumpul depan tv tunggu hindustan. Aktiviti wajib lah kiranya. Hari Sabtu TV3. Hari Ahad NTV7. Memang dah atur jadual weekend untuk hindustan. Hehe. Tapi sekarang NTV7 dah takde hindustan lagi. Kalau balik kampung pun, mesti hari sabtu semua dah cop tempat masing-masing landing bawak sekali dengan bantal semua duduk depan TV. Lepas tu semua layan hindustan. Yang ada part touching sikit, ada diam-diam dok nangis sorang-sorang demi nak elakkan orang lain tengok. Maka nangis lah secara diam tanpa ada bunyi. Hehe. Ada jugak yang time orang lain dok syok tengok hindustan, tiba-tiba sunyi je. Rupa-rupanya dah sampai di India sana a.k.a tertidur. Haha.
Selalunya, yang akan menitiskan air mata tanda sedih dan tersentuh tengok jalan cerita hindustan tu memang sah-sah golongan mak-mak. Hehe. Nanti kalau ada part yang sedih, semua kepala dengan automatik nya akan beralih pada golongan mak-mak, tiba-tiba tengah dok lap airmata. Maka, terkantoi lah di situ tengah dok touching. Haha. Part kena tangkap sebab tengah menangis. Ada jugak yang tak nak mengaku tengah menangis. Hehe.
Cerita hindustan dulu sangat best. Hero Shahrukh Khan, Hrithik Roshan, Saif Ali Khan, Amir Khan dan lain-lain sampai sekarang pun cuba cakap kalau ada cerita baru yang diorang ni berlakon, mesti tak lepas tengok. Heroin Karisma Kapoor, Juhi Chawla, Madhuri Dixit, Kareena Kapoor dan lain-lain pun sama jugak. Kalau ada je cerita yang diorang berlakon, mesti tengok. Tapi mengikut pendapat golongan yang kenal Bollywood, cerita hindustan sekarang kalau menampilkan pelakon-pelakon baru dalam cerita-cerita baru, dah kurang sikit orang nak layan. Aku sendiri pun termasuk jugak. Sebab bagi aku, cerita hindustan yang baru ada jugak yang agak tak sesuai ditontonkan. Maka, sebab tu even kalau cerita lama-lama macam Dil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein ditayangkan dalam tv, memang semua macam excited nak tengok walaupun dah berpuluh kali tengok. Hehe.
Kamsamhamnida. Thank you.

No comments:
Post a Comment