♥ Cinta sejati ♥
begitulah ungkapan yang paling sesuai bagi kasih ayah terhadap arwah mama..
selama aku hidup di muka bumi yang penuh barakah ini..
itulah kali pertama aku melihat kasih seorang suami terhadap isteri..
kasih sejati yang sangat suci..
kasih yang diredhai oleh Allah..
Tuhan yang menentukan jodoh terbaik bagi hambaNya..
saat arwah mama sakit..
hati ini bagai tersentuh melihat kesetiaan ayah disamping mama..
aku kagum..
sepanjang arwah mama sakit..
ayah begitu menjaga makan minum arwah mama..
arwah mama perlu menjaga rapi pemakanannya..
pantang memakan sesetengah benda..
kerana ada diantaranya yang boleh memudaratkan kesihatan mama..
sememangnya ayah seorang yang amat mengambil berat..
pernah suatu ketika..
ayah belajar membuat fishball sendiri..
betapa gigihnya ayah mencari resepi itu..
dari seorang saudara..
bersungguhnya pencarian ayah..
berjaya juga akhirnya..
demi menjaga kesihatan mama..
mengimbau kembali..
saat-saat getir dikala mama sakit..
sakit yang datang hanya tuhan yang tahu..
Ya Allah, betapa besarnya dugaan yang Engkau berikan buat mama..
moga dengan sakit itu, engkau gugurkan dosa-dosa Mama..ameen..
saat mama menahan kesakitan yang maha berat..
merembes keluar airmata mama..
tika saat-saat seperti itu..
ayah memanjatkan doa pada Tuhan yang satu..
"Ya Allah, kalau begini sekali sakit yang Kau berikan pada isteriku..
Kau ambillah dia..
aku redha..aku tak sanggup tengok dia macam ini Ya Allah.."
suara ayah kedengaran begitu sayu..
redha andai Allah mengambil mama dari kami..
hati aku sayu mendengarkan doa ayah..
begitu sayu..
seorang suami yang meredhakan pemergian isteri yang sangat disayanginya..
kerana tidak sanggup melihat penderitaan isterinya..
pada saat-saat terakhir sakaratulmaut..
ayah berada di sisi mama..
tidak pernah ditinggalkan arwah mama..
melainkan hanya untuk tujuan beribadah dan sebagainya..
bacaan ayat-ayat suci al-Quran terutamanya Yasin tidak pernah sunyi dari bilik ayah dan mama..
saat Tuhan mengambil mama..
ayah begitu tenang..
namun ku tahu dalam hatinya, ada perasaan sedih yang melanda..
namun digagahinya jua demi anak-anaknya..
itulah ayah..
manusia yang sangat kuat dan sabar dalam menghadapi dugaanNya..
selepas mama pergi..
seringkali kudengar ayah mendendangkan lagu yang dirakam mama..
mama seperti mengetahui beliau akan meninggalkan kami semua..
lagu tersebut seolah ditujukan khas buat ayah..
ada beberapa orang pernah juga bertanya..
termasuklah aku..
"ayah tak mahu berkahwin lainkah?"
jawpaan ayah yang membuat aku begitu kagum..
"dalam hidup ayah..mama lah wanita paling baik yang pernah ayah jumpa..
kalau betul Allah mahu mengurniakan jodoh lain buat ayah..
biarlah jodoh itu seperti mama atau yang lebih baik darinya"
begitu setianya ayah pada mama..
begitu kasihnya ayah pada mama..
begitu agungnya kasih ayah buat mama..
Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa..
Engkaulah yang telah menjodohkan ayah dan arwah mama di dunia ini..
maka Kau kekalkanlah jodoh antara mereka sehingga ke akhiratMu Ya Allah..
kerana sesungguhnya kasih yang terjalin antara mereka..
kasih sejati yang mulia disisimu Ya Allah..
bertemu keranaMu..
dan berpisah keranaMu..
ameen Ya Rabbal Alamin..
1 comment:
aini..
you've a great mum n dad...
n the same goes to you...
nyce knowing u my fren...
Post a Comment