Wednesday, August 3, 2011

Shower Gel.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang ni, dah banyak produk untuk shower gel. Bila pergi shopping complex, terasa rambang mata untuk memilih shower gel yang menjadi pilihan hati. Bukan perempuan sahaja yang guna shower gel sekarang tapi lelaki pun ada juga yang guna. Jadi, no wonder kalau ada shower gel yang 'for men'.

Kalau dulu, sabun sangat serasi dengan jiwa sehinggakan dibuat shampoo dan tatkala mahu menyisir rambut yang cantik beralun peewit, maka pastinya sikat akan terlekat di rambut. Tapi sekarang, semua pakat dok jaga dah na. Yang shampoo, tetap lah shampoo. Yang shower gel, tetap lah shower gel. Kita harus berpisah! Katanya. 

Shower gel secara umumnya digunakan untuk kecantikan. Is it kecantikan? Well, we'll see it later. Kadang-kadang ada juga antara kita yang kulit mereka ada allergic. Maka bila pakai sabun, kulit allergic. Ini bukan sandiwara, ini adalah fakta. *Dengan suara yang kedengaran dari gua* Betul, memang ada orang allergic.

Then, bila time nak pergi shopping, nanti dalam proses untuk percubaan shower gel yang lain, mesti akan ada yang tanya, "Yang mana wangi? Yang ni wangi tak? Yang tu? Yang sinun? Yang sinin?". Segala bagai yang dah keluar. Bau itu, bau. Yes, bau juga penting. Since we are human yang macam-macam ada, maka bau yang menjadi pilihan juga akan berbeza kadang-kadang.

But the most important thing, daripada pemerhatian eksperimen, eh tak, just sharing is caring, pakai shower gel ni sebab nak jaga kelembapan kulit bak sehalus selembut kulit bayi. Yes, that's it. Since ada sesetengah shower gel yang membawa rasa refreshing, maka lepas mandi, kita juga akan rasa segar bugar. Semangat lah katanya nak buat kerja.

Shower gel Enchanteur. Pilih-pilih. +_+

Shower gel for men.

Body Shop Vanilla Bath & Shower Gel.


Kamsamhamnida. Thank you.

Tuesday, August 2, 2011

K-Drama Download : Lie to me




Title: 내게 거짓말을 해봐 / Naege Geojitmaleul Haebwa
Also known as: Try Lying to Me
Previously known as: 달콤한 스캔들 / Sweet Scandal
Genre: Romance, comedy
Episodes: 16


Cast
Yoon Eun Hye as Gong Ah Jung
Kang Ji Hwan as Hyun Ki Joon
Sung Joon as Hyun Sang Hee
Jo Yoon Hee as Oh Yoon Joo
Hong Soo Hyun as Yoo So Ran
Ryu Seung Soo as Chun Jae Bum

Drama Synopsis
Gong Ah Jung, a level 5 Ministry of Culture official, gets entangled in a web of lies when she mistakenly lies that she's married to Hyun Ki Joon, a hotel manager from an affluent family. Their relationship is further complicated when Ki Joon's ex-fiancée and a close friend of his brother's, Oh Yoon Joo, reappears in his life. *Credit to DramaWiki for details, synopsis, and picture of Secret Garden*

Lie to Me Episodes Download
*Credit to AliceChen for the downloads*

English Subtitles: Lie to Me English Subtitles

Kamsamhamnida. Thank you.

Juadah Berbuka : Kuih Akok

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Juadah berbuka yang harus ada walaupun sekali pada Ramadhan kali ini adalah kuih akok. Sedap tahu! First time kenal hati budi kuih ini of course di Melaka dulu. Macam-macam dapat kenal dan makan time di Melaka dulu. Semua ada. Melaka mari, Kelate mari, semua mari lah.

First time kenal hati budi kuih akok ni juga rasanya di bazaar Ramadhan atau pasar malam. Harganya RM0.50 satu. Try punya try, wohh, sedap! Okay fine, okay. Sedap! Then bila pergi pasar malam, memang mencari kuih akok ni. Ada lah 2,3 kali sahaja dapat merasa.

Bila dah jarang menjumpai, haruslah membuat sedikit research untuk buat kuih akok. Then jumpa. Yeay!





Bahan-bahan
5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus

Cara-cara
1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Sumber: myresipi

Kamsamhamnida. Thank you.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan is here!

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua. Happy Fasting, Selamat berterawih, Selamat bersahur, Selamat berbuka and all the Selamats greet. Belum tiba masanya lagi Selamat Hari Raya sebab puasa pun belum cukup satu hari lagi. Nanti okay, nanti. Tungguuuuuuuu.

Okay, okay. Right now, ada yang sudah menyiapkan juadah untuk berbuka, ada juga yang pergi bazaar Ramadhan *Tetiba teringat masa belajar dulu selalu pergi bazaar*, ada yang tengah menyiapkan dan sebagainya. Apa pun, inilah masanya untuk mengucapkan Selamat Berbuka. Sekadar peringatan bersama, bila puasa, kita lapar, dan bila berbuka tentunya macam-macam yang difikirkan di kepala untuk nak berbuka apa. Tetapi, bila dah berbuka, dah kenyang, makanan yang tak dihabiskan itu membazir.

Tapi kan, time bulan puasa , disebabkan perut kita dah berbunyi lagu 'Keroncong untuk Ana', maka time berbuka, makanan yang sebelumnya 'Oh, taknak lah makan ni, tak sedap', confirm bulan puasa kita makan juga. Sebab perut tengah lapar. Dah tak fikir dah sedap atau tak. Bila lapar, semua jadi sedap. Hehe.

Bulan Ramadhan, jadi inilah masa yang ditunggu-tunggu. Banyakkan ibadah kita sebab incik S dan seangkatan dengannya kena gari. Boleh buat Qiamullail, bacaan al-Quran, terawih. Juga peringatan buat diri saya. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Kamsamhamnida. Thank you.